Kriteria untuk penyenaraian butir dalam laman-laman ini
Kriteria untuk kemasukan dalam hari ulang tahun pilihan adalah agak subjektif kerana pada sesuatu hari dalam tahun banyak perkara bersejarah boleh berlaku. Jadi kualiti rencana serta kepelbagaian topik merupakan faktor penentu.
maksimum 4 peristiwa dan 3 sambutan/perayaan sehari. Kelahiran dan kematian cuma boleh ditambahkan jika tida cukup tujuh butiran di atas.
peristiwa haruslah mempunyai kepentingan sejarah yang agak besar.
peristiwa dan rencana tersebut (yang ditebalkan) mestilah juga disebut dalam peristiwa tahun yang berkenaan.
jika sambutan/perayaan tersebut jatuh pada tarikh yang sama setiap tahun Gregory, ia hendaklah ada dalam rencana tarikh tersebut.
rencana yang dipilih perlulah menyatakan dengan jelas tarikh ia berlaku (Takwim Gregory dan takwim lain yang berkenaan).
rencana yang dipilih tidak boleh merupakan rencana ringkas (tunas). Ia harus mengikut gaya Wikipedia dan agak lengkap.
kurangkan pautan merah pada Laman Utama.
jika boleh, pelbagaikan topik.
Pastikan setiap masukan ditulis dalam satu baris sahaja. Hadkan juga kepada satu gambar sehari.